Istiadat Laung Agung

Tugasan 2: Laung Agung

a.    Istiadat Laung Agung
Istiadat ini merupakan antara istiadat yang merupakan tradisi dalam Pengakap Kanak-kanak. Istiadat ini diamalkan di seluruh dunia dan bertujuan untuk menghormati tetamu dan melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin. Istiadat ini juga menekankan cogan kata Buat Sehabis Baik.

Langkah-langkah pelaksanaan:
1.    Pemimpin (AKELA) akan berteriak: "PEK..........."  yang bertujuan untuk memanggil semua pengakap kanak-kanak (PKK) berkumpul.
2.    PKK yang mendengar teriakan itu akan berhenti melakukan sebarang kerja dan berdiri dalam keadaan sedia.
3.    AKELA sekali lagi berteriak: "PEK...PEK...PEK..."
4.    PKK akan berteriak kembali dengan menyebut "PEK....." sambil berlari ke
arah AKELA dan mengelilingi AKELA serapat yang boleh.
5.    Setelah PKK merapati AKELA, AKELA akan mendepakan sebagai arahan kepada PKK untuk membuat satu bulatan besar mengelilingi AKELA sambil berpegangan tangan. 
6.    Setelah bulatan besar telah terbentuk, PKK terus melepaskan tangan apabila AKELA memberi arahan dengan menjatuhkan tangan yang didepan tadi ke sisi.
7.    PKK pula akan terus duduk mencangkung dengan tangan diluruskan di sisi dan mendongakkan kepala ke atas sambil berteriak: "AKELA, Kita Buat Habis Baik"
8.    Selepas melaungkan laungan tersebut, semua PKK bangun berdiri tegak.
9.    AKELA akan melihat sekeliling dan memilih seorang  PKK bertugas untuk membut tabik hormat kepada AKELA  dengan berteriak: "Kamu Buat Habis Baik"
10.  PKK lain akan membalas dengan mengangkat tabik hormat kepada AKELA dan berteriak: "Kami Buat Habis Baik"
11.  Kemudian, AKELA akan membalas kepada semua PKK dengan mengangkat tabik hormat.
12.  Setelah AKELA menjatuhkan tabik hormat, barulah semua PKK boleh menjatuhkan tabik hormat masing-masing secara serentak.

   

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Perjumpaan Sekawan Biru : 4 September 2018

Aktiviti Perjumpaaan Sekawan Biru : 12 September 2018