Ikatan dan Simpulan 4 September 2018 Pada hari ini, sekawan biru membuat beberapa jenis simpulan bersama-sama semasa aktiviti berkumpulan . Antara simpulan yang dilakukan ialah simpulan bunga geti, buku sila dan manuk. Sebelum melakukan aktiviti ini dalm sekawan, kami diberi demonstrasi oleh guru-guru kami. Setelah itu, kami diberi peluang untuk belajar simpulan-simpulan ini dalam sekawan. Semasa proses belajar, ahli-ahli sekawan biru membantu antara satu sama lain untuk menguasai kemahiran simpulan-simpulan ini dengan memberi tunjuk ajar kepada satu sama lain. Akhirnya, kesemua kami dapat melakukan simpulan-simpulan ini dengan jayanya. Terima kasih ahli-ahli sekawan biru atas kerjasama kamu semua!
Comments
Post a Comment