Posts

Showing posts from 2018

Aktiviti Perjumpaaan Sekawan Biru : 12 September 2018

Image
Latihan Kawad Kaki 12 September 2018 Pada perjumpaan kali ini, sekawan biru membuat latihan berkumpulan dalam membuat latihan kawad kaki. Dalam aktiviti ini, sekawan biru bergabung dengan sekawan hijau. Kami belajar beberapa arahan baharu dan cara-cara mengangkat kaki dengan betul iaitu separas pinggang. Kami diberi latihan oleh seorang pelajar praktikal daripada Universiti Malaysia Sarawak. \

Aktiviti Perjumpaan Sekawan Biru : 4 September 2018

Image
Ikatan dan Simpulan   4 September 2018 Pada hari ini, sekawan biru membuat beberapa jenis simpulan bersama-sama semasa aktiviti berkumpulan . Antara simpulan  yang dilakukan ialah simpulan bunga geti, buku sila dan manuk. Sebelum melakukan aktiviti ini dalm sekawan, kami diberi demonstrasi oleh guru-guru kami. Setelah itu, kami diberi peluang untuk belajar simpulan-simpulan ini dalam sekawan.  Semasa proses belajar, ahli-ahli sekawan biru membantu antara satu sama lain untuk menguasai kemahiran simpulan-simpulan ini dengan memberi tunjuk ajar kepada satu sama lain. Akhirnya, kesemua kami dapat melakukan simpulan-simpulan ini dengan jayanya.  Terima kasih ahli-ahli sekawan biru atas kerjasama kamu semua!